Pelaksanaan OSS Dalam Sektor Awam

Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja. Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Februari 1998 oleh Eric S. Raymond dan Bruce Perens. Continue reading

Pengurusan Kewangan dan Perbelanjaan Kerajaan Berhemah

Abstrak

Pengurusan kewangan yang baik hasil dari pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan efisien akan membolehkan organisasi tersebut berjalan dan beroperasi dengan sempurna dan lebih cemerlang. Namun ada kalanya bajet yang telah dibuat di awal tahun terpaksa melalui pelbagai masalah dan isu di sepanjang tahun perancangannya. Ini seterusnya akan membawa kepada keperluan untuk mendapatkan peruntukan tambahan di dalam perbelanjaan organisasi tersebut terutamanya perbelanjaan mengurus.

Continue reading

Kelebihan dan Kelemahan Wireless

Pendahuluan

Teknologi rangkaian setempat atau local area network (LAN) merupakan suatu teknologi sistem komunikasi data yang paling popular dalam teknologi rangkaian komputer. Penggunaan LAN dalam menghubungkan dua dan lebih komputer diimplimentasikan disemua organisasi awam dan swasta, sekolah, kolej dan universiti, kedai-kedai kafe siber dan juga rumah kediaman. Di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara dan kampus-kampus INTAN, rangkaian LAN diaplikasi secara jaringan kabel dan juga tanpa wayar kerana ia banyak memberi kelebihan kepada INTAN dalam menyediakan perkhidmatan sistem komunikasi rangkaian kepada kakitangan INTAN dan juga pelanggan-pelanggan INTAN.

Continue reading

CCNA Exploration

Berikut senarai link untuk akses/muat turun slide nota CCNA di INTAN-Cisco Network Academy 2010

Nota CCNA Exploration 1: Network Fundamentals

Nota CCNA Exploration 2: Routing Protocols and Concepts

Nota CCNA Exploration 3: LAN Switching and Wireless

Nota CCNA Exploration 4: Accessing the WAN

Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Kewangan

Abstrak

Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat awam. Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan amalan prinsip-prinsip akan dapat memastikan peruntukan yang telah diberikan kepada agensi Kerajaan, program, aktiviti atau projeknya mengikut perancangan dan anggaran, sistem, prosedur dan peraturan semasa, serta mendapat pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

Continue reading

Strategi Meningkatkan Keberkesanan Dalam Aspek Pengurusan Kewangan dan Kualiti Perkhidmatan

Abstrak

Pengurusan kewangan yang unggul merupakan aspek penting dalam urus tadbir organisasi sektor awam yang cemerlang. Melalui pengurusan kewangan yang cekap, sesebuah organisasi juga mampu mengekalkan kecemerlangan kualiti perkhidmatannya.

Continue reading

Hello world!

Huhhh… “Hello World”?

ini baru betul… “Apa Khabar Dunia“?
ini adalah posting aku yang pertama dalam blog “dude” (bukan duda) wordpress.

Lepas nie, diharap banyak lagi posting yang menarik boleh aku masukkan sebagai “dairi” harian aku kepada DUNIA…. haaa haaa haaa…

-simung-